Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180317 WA0005IMG 20180317 WA0003IMG 20180317 WA0004IMG 20180317 WA0007IMG 20180317 WA0008IMG 20180317 WA0012IMG 20180317 WA0006IMG 20180317 WA0010IMG 20180317 WA0013

BUTTERWORTH, 16 Mac 18 – Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU), YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini bt Sultan Hj Ahmad Shah bersama rombongan JTBU telah mengadakan lawatan rasmi ke Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam rangka lawatan di sana, Pengerusi JTBU telah mengadakan sesi dialog bersama ahli-ahli BAKAT Pangkalan Udara Butterworth bagi mendapat kata sepakat dalam penambahbaikan prestasi BAKAT Pangkalan khasnya dan BAKAT Udara amnya. Antara program lain yang dijalankan adalah penyampaian sumbangan kebajikan kepada pesakit kronik, pemeriksaan buku laporan, pameran kraftangan dan sesi bergambar bersama ahli BAKAT Pangkalan Udara Butterworth.

Pengerusi JTBU bersama rombongan juga turut mengadakan lawatan ke Taska Bagan Lalang sebelum menamatkan lawatan rasmi di Pangkalan Udara Butterworth.