Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180317 WA0016IMG 20180317 WA0021IMG 20180317 WA0019IMG 20180317 WA0022IMG 20180317 WA0023IMG 20180317 WA0024IMG 20180317 WA0027IMG 20180317 WA0029IMG 20180317 WA0038IMG 20180317 WA0031IMG 20180317 WA0032IMG 20180317 WA0048

TANJUNG BUNGAH, 15 Mac 18 – Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU), YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini bt Sultan Hj Ahmad Shah telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Kaya Budi Siri 89/2018 bagi Kursus Pegawai Skuadron Siri 89/2018 sempena lawatan rasmi di INSKEP.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara turut mengadakan sesi dialog dan beramah mesra bersama-sama peserta kursus serta ahli-ahli BAKAT INSKEP. Turut mengiringi YBhg Datin Sri Normah bt Md Sap serta beberapa ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara yang lain.

Dalam rangka lawatan di sana, Pengerusi JTBU turut mengadakan lawatan kebajikan ke Rumah Asnaf Tanjung Tokong dan beramah mesra bersama penghuni rumah tersebut serta memberi sedikit sumbangan ikhlas dari BAKAT Udara.

Antara program lain yang dijalankan adalah perasmian Rumah BAKAT INSKEP oleh Pengerusi JTBU, pameran kraftangan dan masakan serta sumbangan kebajikan kepada pesakit kronik dari kalangan keluarga INSKEP.