Kemaskini Terakhir: Selasa,22 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

7cd3a62a c77b 4ad0 97e2 3a4e1e2a5c0df4d0540c 208f 496f 8b4d fe2a5a1845f05e4dd3ac 1ebf 47ad 9e8e e5de80b48643ab8d6853 0262 4fa1 a75d 502fc5bedca99aba0ca7 13dd 47a5 9bdc 0d4aa8a1b4c7b9bd5e87 deec 480b a9d1 1777167f20ab2bade319 ce67 4b3d 8520 6aa53f00ba5f45f9a763 6546 4a87 aa8f 4ae772ea29cc043ad826 3ff2 41dc 9c8a 10b45922f96ec33879e1 8fdb 4309 a384 aa0964eef4c2d3e709ee 1ccd 4655 ae56 8e3b6a246a954338d3b6 5d31 4131 8bd5 2290989456c6

BANTING, 9 Mac 18 – Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU), YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah dan rombongan JTBU telah mengadakan lawatan rasmi ke Rejimen TUDM Jugra. Ketibaan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah disambut oleh Pengerusi BAKAT Rejimen TUDM dan ahli BAKAT yang lain.

Dalam rangka lawatan Pengerusi JTBU, satu sesi dialog bersama ahli BAKAT Rejimen TUDM telah diadakan dimana banyak perkara yang diusulkan dan dibincang bagi mendapat kata sepakat dalam penambahbaikan prestasi BAKAT Rejimen TUDM dan BAKAT Udara secara keseluruhannya. Program rasmi tersebut telah diisi dengan pelbagai aktiviti lain antaranya pemeriksaan buku laporan, pameran kraftangan dan sesi bergambar bersama ahli BAKAT Rejimen TUDM.

Pengerusi JTBU juga telah menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik dari kalangan keluarga kakitangan Rejimen TUDM dan juga sumbangan ikhlas untuk kegunaan Rumah BAKAT Rejimen TUDM. Bagi menghargai kehadiran rombongan lawatan rasmi JTBU, Pengerusi Rejimen TUDM telah berbesar hati menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Pengerusi JTBU dan rombongan seterusnya bergerak ke Kerepek House serta membuat lawatan kebajikan ke Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin bagi mengakhiri lawatan pada hari ini.