Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1bffb2a8 4192 401e 96d2 818717dc343e1abb0746 de69 4766 ae98 faa1d916303b2a03a77f b2c7 438a 99d6 fa57a3650c166c620f4a abc6 4aff ac53 182a0518dcbf49fed947 6cfc 4521 b2c0 cf6521892023c01a09b3 7ef0 4b1d a798 480968ca5bd5d54a95ae 5ac9 47cc b81a 73af4ac5b6755ecadb66 750c 436f 8053 976a0617cd791839dfcc 634d 473a 80a8 6da5b99ae29b65ec32fd 8d90 44bd a37d 66b12b43a3fe820bc09d 1d42 41ba 8d09 46876968372be471f658 7e2b 471e 9f80 24b9701df68bae59753f 9389 4147 97ca 9cfd367afc76e7cfb1c1 53cb 420e 881e 4fbd07d96d6f

KOTA BELUD, 11 Mac 18 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussin, Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM selaku pengerusi teras kesiagaan telah hadir menyaksikan Demonstrasi Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia bertempat di Lapangan Udara (Airstrip) Kota Belud, Sabah.

Demonstrasi ini membabitkan penglibatan aset-aset dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM yang melakukan demontrasi berasaskan senario serangan ke atas pihak musuh oleh pasukan ATM.

Antara aset-aset TUDM yang telah menjayakan demontrasi ini adalah pesawat F/A-18D, Sukhoi, Hawk, EC725 dan C130H. Turut terlibat di dalam menjayakan acara ini adalah Pasukan Khas TUDM yang mempamerkan aksi penerjunan bersama-sama penerjun dari Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Demontrasi ini telah dilaksanakan bagi mempamerkan peranan dan keupayaan ATM khasnya di dalam melaksanakan operasi serangan semasa berlaku ancaman dari pihak musuh khusus buat warga Negeri Sabah di Daerah Kota Belud dan kawasan sekitar.

Turut hadir menyaksikan demontrasi ini adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan TUDM yang lain.