Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

226001a1 dce3 4d58 a0a8 9e076f9c3cee22df5d1c 9930 455b 97fa 4b473b8934b66343ae9c 8e32 41f2 979f 9e993bdf347c9a343b3e 15bf 40d2 8c01 22a89c2d38bf5934439c a8f8 4dca b1ba 8378513e796fc51bf036 352c 4218 ae20 5b26106b7432c7500874 3c1a 438c b67c dfbb23148418f1a639cd ddf2 4c35 9e35 a8f443eb9128f8ef6d9b fdb4 4295 9ec9 7e95a18cdcb733588475 c0d7 4acb 9988 2ebb4a7dcac18635966b 7c1e 4c35 b80b 63b0794eb6b42f21d68d f786 4b3c 80e3 ff5590240aa4

LABUAN, 11 Mac 18 - Menteri Pertahanan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan lawatan ke Pangkalan Udara Labuan bersempena Program Jelajah Perkasa Perwira pada hari ini.

Ketibaan beliau di pangkalan ini telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Labuan.

Seterusnya, Menteri Pertahanan dan rombongan kenamaan telah dibawa ke No.14 Skuadron bagi sesi pertemuan bersama warga PU Labuan.

Sesi pertemuan ini telah dimulakan dengan penyampaian ucapan aluan oleh Komander Pangkalan bagi mengalukan kehadiran Menteri Pertahanan serta rombongan kenamaan ke pangkalan ini.

Komander Pangkalan semasa menyampaikan ucapannya telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Pertahanan di atas pemberian inisiatif-inisiatif yang banyak membantu warga ATM amnya dan warga TUDM khasnya.

Diakhir lawatan ini, Menteri Pertahanan telah beramah mesra dan mengambil gambar kenangan bersama seluruh warga PU Labuan yang hadir.

Turut mengiringi semasa lawatan ini adalah Mej Jen Dato' Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM (AKS Operasi & Strategik), Brig Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM (Komander PU Labuan) serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.