Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180310 WA0028IMG 20180310 WA0035IMG 20180310 WA0033IMG 20180310 WA0038IMG 20180310 WA0032IMG 20180310 WA0007IMG 20180310 WA0005IMG 20180310 WA0006IMG 20180310 WA0011IMG 20180310 WA0017IMG 20180310 WA0025IMG 20180310 WA0027IMG 20180310 WA0044IMG 20180310 WA0045IMG 20180310 WA0046IMG 20180310 WA0047IMG 20180310 WA0048IMG 20180310 WA0049

BUTTERWORTH, 10 Mac 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Program Jelajah Perkasa Perwira bertempat di Pangkalan Udara Butterworth hari ini.

Program Jelajah Perkasa Perwira yang pertama kali diadakan di Pangkalan Udara Butterworth ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tiba pada jam 12 tengahari. Ketibaan beliau di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Butterworth telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, Panglima Wilayah Udara 1, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM.

Program Jelajah Perkasa Perwira ini bertujuan bagi YB Menteri Pertahanan beramah mesra bersama warga pangkalan. Dalam ucapan Menteri Pertahanan beliau berkata ini merupakan sambutan yang terbaik pernah beliau hadiri dan mengakui beliau sangat teruja dengan sambutan serta komitmen yang ditunjukkan oleh warga TUDM sempena Program Jelajah Perkasa Perwira ini.

Dalam majlis ini juga, YB Menteri Pertahanan berkesempatan untuk merasmikan surau Salahuddin Al Ayubi Pangkalan Udara Butterworth serta menunaikan solat berjemaah bersama warga Pangkalan Udara Butterworth.