Kemaskini Terakhir: Selasa,22 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

D7K 1527D7K 1521D7K 1447D7K 1450D7K 1451D7K 1524

PULAU PINANG, 7 Mac 18 - Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara Siri 1/2018 yang berlangsung di Hotel Equatorial, Pulau Pinang bermula 5 hingga 7 Mac 2018

Mesyuarat dwi-tahunan ini merupakan satu platform untuk Panglima Operasi Udara menyampaikan arahan dan dasar-dasar baru berkaitan operasi kepada semua peringkat Komander. Interaksi secara terus di antara pucuk tertinggi TUDM dengan Komander di bawah pemerintahan MPOU ini diharap dapat menjana perbincangan yang positif demi menentukan segala arahan dan dasar yang diputuskan dapat dilaksanakan sewajar.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Panglima Bantuan Udara, Panglima Wilayah Udara 1, Panglima Wilayah Udara 2 dan Inspektorat Jeneral TUDM.