Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

386380b5 2812 4f81 bcda 0ae3632c984bc8ce23c9 1dd7 4098 ac6e e712b279341904724614 52eb 4ebd a21a 472e74a5f76b5727aa14 9e3a 4251 891f e907b479c45a25d41d4b bdee 4556 a908 8081478ac74e5bebf4ac 7a90 48e7 9da0 166fce2d864556ef8a81 6f1c 433d 9afa ec9bd548cd5507b176c6 f429 4b37 88aa 0325d50a3f7db439e05b 5717 4b60 bfcb 94b6e3609bc0db1f9b13 334e 412e 8902 2c82c7a5129e39390623 51a8 4b94 927e fff6398650bb43032371 f561 4a27 9137 5a15a178ec8535c50bea 7761 4ba4 967b 189617bc778d013145d3 90c6 489a b35e 5c1307d5502bdea7203f 0d7e 434c 8bac f7cd20cb5bdd

GONG KEDAK, 7 Mac 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak. Ketibaan beliau di pangkalan ini telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Suhaimi bin Hussain TUDM serta pegawai-pegawai kanan pangkalan yang lain.

Lawatan Panglima Tentera Udara telah dimulakan dengan upacara penamaan Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Gong Kedak yang kini dikenali sebagai Dewan Puteri. Seterusnya, beliau telah mengadakan sesi dialog bersama warga pangkalan bagi membincangkan isu-isu berbangkit yang diketengahkan oleh warga pangkalan tersebut.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara semasa sesi dialog tersebut telah memperjelaskan kepada warga anggota pangkalan mengenai inisiatif-inisiatif baru ATM dan Kementerian Pertahanan serta dasar baru ATM iaitu lanjutan tempoh perkhidmatan sehingga 26 tahun.

Panglima Tentera Udara dalam ucapannya menyarankan kepada semua peringkat anggota TUDM agar memanfaatkan peluang yang diberikan menerusi inisiatif serta dasar baru yang telah diperkenalkan oleh ATM & Kementerian Pertahanan demi kelangsungan kecemerlangan kerjaya dan masa depan yang cerah.

Dalam rangka lawatan kerja ini juga, Panglima Tentera Udara turut membuat kunjungan ke No.11 Skuadron bagi mendengar taklimat mengenai kesiagaan operasi oleh skuadron ini serta Hangar STC Cawang Kejuruteraan untuk beramah mesra bersama warga anggota dengan lebih akrab serta melihat ketersediaan pesawat Sukhoi.

Turut hadir mengiringi Panglima Tentera Udara semasa lawatan kerja ini adalah Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM (PANGWILUD 1), Brig Jen Dato' Dr. Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM (AKS Material), Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM (AKS Tadbir), Brig Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM (Timbalan AKS P&P (Operasi) dan pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain serta Pegawai Waren TUDM, PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar.