Kemaskini Terakhir: Selasa,22 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6ea80a41 7ae9 4627 baab 9d46644acd5838a7440d fac2 4d45 b6e4 f5e8f78a1e0e225c5aae fa92 40da b497 103bc55c3787337f37c3 094b 420c 9358 9be97eb87007812e9df3 a40c 4abd 9502 2d2e3d18e898b23d447d 43c6 466c b5fa f618bf2867a7c35b0a2c 19cc 404d a110 810eedd31f7dcedda6d8 8414 409f 9e8a ea5548abec04ad18bdb8 5329 4d4b b279 19f06b0a30ba

KUALA LUMPUR, 6 Mac 18 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan warga TUDM yang bertugas disekitar Lembah Kelang telah bersama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat ATM yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM petang tadi.

Beberapa acara telah diatur untuk memeriahkan sambutan kali ini antaranya termasuklah Pertunjukan Tarian Singa, acara makanan Yee Sang serta persembahan Badan Kesenian Tentera Darat dan Badan Kesenian MinDef.

Sambutan yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor turut dihadiri oleh para veteran khususnya ahli–ahli MACVA (Malaysian Army Chiness Veteran Association).

Diakhir acara, turut diadakan pemberian angpau kepada anggota atau warga bujang Kementerian Pertahanan dan disusuli dengan acara membakar mercun.