Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3031DSC 3033DSC 3050DSC 3077DSC 3096

KUALA LUMPUR, 6 Mac 18 – Senior Lieutenant General Phan Van Giang, Chief of The General Staff Vietnam Peoples’s Army yang juga merangkap Timbalan Menteri Pertahanan Vietnam telah mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan hari sempena lawatannya ke Malaysia.

Dalam lawatan ini, Senior Lieutenant General Phan Van Giang telah diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama serta diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan ATM yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Turut hadir menyambut kedatangan Senior Lieutenant General Phan Van Giang adalah Panglilma Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.

Dalam rangka lawatannya di sini, Senior Lieutenant General Phan Van Giang turut melaksanakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor. Pertemuan dua hala ini dapat mengeratkan lagi kerjasama dari segi diplomatik pertahanan di antara dua Negara.