Kemaskini Terakhir: Selasa,22 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0222DSC 0241DSC 0245DSC 0289

 

IPOH, 3 Mac 18 – Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah dengan rombonganya telah mengadakan lawatan rasmi ke Akademi Tentera Udara Ipoh (ATU). Kehadiran Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah disambut oleh Pengerusi BAKAT ATU, YBhg Puan Siti Hajar binti Mohammad.

Dalam rangka lawatan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, satu sesi dialog bersama ahli BAKAT ATU Ipoh telah diadakan dimana banyak perkara yang diusulkan dan dibincang bagi mendapat kata sepakat dalam penambahbaikan prestasi BAKAT di ATU Ipoh dan sekaligus BAKAT Udara secara keseluruhannya. Program rasmi tersebut telah diisi dengan pelbagai aktiviti lain antaranya pemeriksaan buku laporan AJK, pameran kraftangan dan sesi bergambar bersama semua ahli BAKAT ATU Ipoh.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara juga telah menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik dari kalangan keluarga kakitangan ATU Ipoh dan juga sumbangan ikhlas berupa sebuah peti ais untuk digunakan di Rumah BAKAT ATU. Bagi menghargai kehadiran rombongan lawatan rasmi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Pengerusi BAKAT ATU telah berbesar hati menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.