Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

c7ede1df 7fcd 4135 a666 f8b6ef21cddc37fade92 f40a 435c a258 9517414218534ba74ed6 78bf 4021 bfb7 915760909b6a5a470b8e 5f6b 459f 8e0c 8bb34ac6fddc042e3cd6 d164 4b4d b188 62a5e7dc8295d0c99506 4294 448d ba5c e3bdfe6eca0dacc2d1f9 06bd 4402 a209 a4ed5ec37fd9ca10b40a 81a0 4708 9f28 51474005b4c98aa0e41d 795e 4ad2 83ea a1b56060facd

SENDAYAN, 14 Feb 18 - Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah membuat lawatan ke Pangkalan Udara Sendayan bagi meninjau perkembangan semasa pembangunan yang dijalankan di pangkalan tersebut serta melihat persiapan yang dilaksanakan sempena lawatan Menteri Pertahanan ke pangkalan ini yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lawatan beliau telah dimulakan dengan raptai sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil dari Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) mengenai program lawatan Menteri Pertahanan dan status perkembangan pembangunan di Pangkalan Udara Sendayan.

Seterusnya beliau telah meninjau di beberapa kawasan sekitar pangkalan ini termasuk bangunan Markas Pemerintahan Pendidikan & Latihan Udara (MPPLU), Padang Kawad, Bangunan Skuadron Provos, RKAT Kelas C dan F, PERNAMA, Dewan Serbaguna serta Kelab Rekreasi Angkatan Tentera (KRAT).

Turut mengiringi semasa lawatan tersebut adalah Timbalan AKS P&P, YBhg Brig Jen Dato' Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuala Lumpur, YBhg Kol Mohd Noh bin Daim TUDM serta pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.