Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Feb 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12DSC 0029 resizeDSC 0038 resizeDSC 0059 resizeDSC 0089 resizeDSC 0098 resizeDSC 0128 resizeDSC 0138 2 resizeDSC 0149 resizeDSC 0152 2 resizeDSC 0169 resizeDSC 0188 resizeDSC 0207 resizeDSC 0209 resize

 

ALOR SETAR, 13 Feb 18 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM telah mengadakan lawatan kerja beliau di Kolej Tentera Udara. Lawatan ini merupakan lawatan ulung setelah beliau mengambil alih jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU). Ketibaan beliau telah disambut oleh Komandan Kolej Tentera Udara, YBhg Brig Jen Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM bersama Pegawai-pegawai Eksekutif kolej.
YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan Udara juga telah dibawa melawat ke unit-unit sekitar KTU serta di Pusat Simulator Pejuang. Selain itu, beliau turut merasmikan Majlis Pembukaan Kursus Jurulatih Penerbangan (FIC) siri 56/18 bertempat di Dewan Taming Sari, INSPEN 1.
Di akhir lawatan kerja beliau, turut diadakan satu sesi dialog bersama warga KTU bertempat di Dewan Peperiksaan ITAS yang dihadiri oleh semua staff dan pelatih-pelatih.