Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

4de39bd2 029f 4b6f be81 6c1c8e2ee47a026e5cd7 bd10 4c74 b1dd 861eb57570c136f4329b 83a4 4bfa 9e36 06c051697d28593a465d 647f 4234 bb90 7dca860687a7162936c9 b99c 428c b273 db7a3a31488162334387 32b4 42ef 892f 25f980ecb84ebf1a3fa8 03aa 4825 a6cb 6e3fcb05240ac0be6ea5 2063 4dd3 922d 8d70b4374a32e0154abc 5a86 4bb7 b705 53d726829392

 

LABUAN, 12 Feb 18 - Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Menyeluruh RKAT Taman Sentosa dan Blok GA Pangkalan Udara Labuan hari ini. Ketibaan YBhg TPTU telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 2, YBhg Mej Jen Dato' Shabre bin Hj Hussein TUDM, Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM serta Eksekutif Pangkalan.

Di dalam majlis ini, YBhg TPTU telah menerima Kawalan Kehormatan dan memeriksa anggota di Pergerakan Udara seterusnya dibawa melawat ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Taman Sentosa bagi melihat sendiri pembaikan yang telah dijalankan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Blok GA PU Labuan bagi menyempurnakan sesi tandatangan dokumen Serah Terima Projek bersama Pengarah JKR Labuan, YBhg Tuan Hj Jaafar bin Ahmad serta penyerahan replika kunci dan gambar projek. Kesemua pembaikan 42 buah rumah di RKAT Taman Sentosa dan Blok GA ini merupakan satu kejayaan kerana ianya telah siap pada jangkamasa yang ditetapkan.

Majlis diakhiri dengan sesi pemotongan riben sebagai simbolik perasmian penyerahan projek Rkat Taman Sentosa Dan Blok GA PU Labuan.