Kemaskini Terakhir: Selasa,24 Apr 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180211 WA0014IMG 20180211 WA0017IMG 20180211 WA0018IMG 20180211 WA0025IMG 20180211 WA0027IMG 20180211 160400

KLUANG, 11 Feb 18 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Fiesta NBOS Mesra Rakyat di padang awam Paloh, Kluang, Johor. Program ini merupakan usahasama Kementerian Kewangan melalui Unit Strategi Nasional dan Kementerian Pertahanan serta sokongan penuh dari Kerajaan Negeri Johor.

Bertemakan Mesra Rakyat #SembrongKita, bertujuan untuk memperkenalkan idea–idea NBOS yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan kepada rakyat setempat. Selain itu, program Fiesta NBOS ini juga adalah untuk memaparkan kejayaan dan keberkesanan perlaksanaan program–program NBOS, khususnya program Mobile CTC (MCTC). Penganjuran program Fiesta NBOS ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada rakyat untuk melibatkan diri di dalam program NBOS sedia ada. Fiesta NBOS Mesra Rakyat #SembrongKita ini juga membawa perkhidmatan agensi–agensi Kerajaan dan swasta kepada rakyat setempat dan luar bandar selain memberi ruang kepada rakyat setempat untuk mendekati pemimpin.

TUDM juga turut mengambil bahagian dalam menjayakan program ini dengan penyertaan dari Muzium TUDM dan Pancaragam Pusat TUDM. Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; AKS Operasi dan Strategi, YBhg Mej Jen Dato' Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM dan Pegawai-pegawai kanan TUDM antara yang hadir memeriahkan Program Fiesta NBOS Mesra Rakyat hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan,Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah; Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor ; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato' Zulkiple bin Hj Kasim serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.