Kemaskini Terakhir: Sabtu,17 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180210 WA0030IMG 20180210 WA0032IMG 20180210 WA0018IMG 20180210 WA0041IMG 20180210 WA0049IMG 20180210 WA0054IMG 20180210 WA0020IMG 20180210 WA0055IMG 20180210 WA0042IMG 20180210 WA0006IMG 20180210 WA0037IMG 20180210 WA0051IMG 20180210 WA0006IMG 20180210 WA0037IMG 20180210 WA0011

SERI KEMBANGAN, 9 Feb 18 – Cawang Tadbir telah menganjurkan Majlis Makan Beradat bersama YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM bertempat di Palace of the Golden Horses.

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa serta sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh Mantan Asisten Ketua Staf Tadbir tersebut di sepanjang perkhidmatan beliau di dalam TUDM khasnya.

Turut hadir ke majlis makan malam ini adalah Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM, Pegawai-pegawai Cawang Tadbir dan Pegawai Waran dari Ketukangan Tadbir yang berkhidmat di seluruh Malaysia bagi bersama-sama memberi penghormatan kepada beliau yang akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.

Bagi pihak seluruh warga TUDM, kami mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM seisi keluarga. Jasamu dikenang.