Kemaskini Terakhir: Selasa,24 Apr 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

525d51fd aed6 43e1 aefd 53dace2000ea9b7f21d3 a1a2 43a0 9edd 28ad5e13a4409ff31524 6cfb 44ea 9aad b6014b8547e3115295af eb2c 4f9e 8997 b87513a8df9a890ddfee c6a2 4db3 a520 eac1287b89f7604599e2 c89c 4d75 9d8f d397d9024073

KOTA KINABALU, 9 Feb 18 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan Lawatan Kerja ke Markas 5 Briged, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah sempena program Jelajah Perkasa Perwira beliau. Turut hadir mengiringi Menteri Pertahanan adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Dalam rangka lawatan Menteri Pertahanan di sana, beliau telah menyampaikan kepada semua warga ATM serta warga veteran yang hadir berkenaan inisiatif-inisiatif yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan oleh pihak Pengurusan Tertinggi Mindef & ATM terutamanya berkaitan agenda kebajikan kepada semua warga ATM, Veteran serta keluarga.

Kira-kira 200 orang warga ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan di kawasan Kota Kinabalu terlibat di dalam program ini

Turut hadir ke majlis ini ialah Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato' Zulkiple bin Hj Kassim serta pegawai- pegawai kanan tentera dan awam Kementerian Pertahanan.