Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Feb 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

683adbc3 eb75 4e09 bee2 badaf2922f32ce80b481 ae2b 4a44 92bd b57141cd4a731ac373ef ef11 4374 ab2f 50c5af66653644839621 06ed 4886 8b98 80da4c4087ee861d9ecc ca94 47eb b207 661a47b651bfb9dbf9f0 c00c 4723 a2c8 8555b090ee9f

TAWAU, 8 Feb 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM mengiringi Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Batalion Ke-7 RAMD Kem Kabota sempena Majlis Ramah Mesra bersama warga ATM hari ini.

Dalam majlis tersebut, Menteri Pertahanan meluangkan masa berinteraksi dan mendekati seramai kira-kira 900 orang warga ATM termasuk Veteran ATM di kawasan Tawau.

Lawatan hari ini juga bertujuan meninjau tahap kesiagaan dan keselamatan yang dipertanggungjawabkan kepada MinDef dan ATM dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Hadir sama ke majlis ini ialah Ketua Setiausaha, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim; Panglima Angkatan Bersama, YBhg Laksdya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany serta pegawai- pegawai kanan tentera dan awam Kementerian Pertahanan.