Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.21WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.21 1WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.23 1WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.25WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.23WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.26WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.31WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.34WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.32WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.35 1WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.43WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.37WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.41 1WhatsApp Image 2018 02 02 at 14.42.41

   

IPOH, 2 Feb 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Lawatan Kerja Menteri Pertahanan Malaysia, YB Datuk Seri Hishamuddin Hussein ke Tapak Cadangan Hospital Veteran bersama Warga ATM di Kem 23 RAMD, Tambun, Ipoh.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan taklimat kepada Menteri Pertahanan Malaysia bersama Pegawai-pegawai Tertinggi ATM di Bilik Gerakan 23 RAMD. Beliau kemudiannya dibawa meninjau kawasan tapak Cadangan Hospital yang terletak berhampiran Wisma Perwira 23 RAMD seterusnya beramah mesra bersama Veteran ATM.

Cadangan Hospital Veteran ini bertujuan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada Veteran ATM yang memerlukan rawatan berterusan selaras dengan Teras Kebajikan yang diperkenalkan Kementerian Pertahanan. Komitmen ini akan dizahirkan melalui dasar Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan ATM 2017-2050 yang telah dirancang dan sedang giat dilaksanakan.

Turut hadir di majlis ini adalah Menteri Besar Perak, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga perkhidmatan.