Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

d35dad32 ab9c 4684 85a4 a6661e36352576e20c8b 0754 4084 9dad 1dd70f21fc31d67cc34e fd3d 488c 93c7 74e5d535fca0d673d1bc 8279 49b3 9538 254a362f1a7de6e72569 8c1f 4035 9a73 ea5cc57d0e61ce4a0d2a 3826 48ce 827b cdbcb16d6e0a

KUALA LUMPUR, 29 Jan 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Persidangan Tahunan 4th Malaysia-France Defence Joint High Strategic Committee yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Angkatan Tentera Perancis, PYT Florence Parly dan Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein di Wisma Perwira ATM hari ini.

Persidangan tahunan ini membincangkan aspek kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di samping hal-hal strategik berhubung keselamatan global dan serantau. Pemilihan Malaysia sebagai negara pertama untuk dilawati memperlihatkan komitmen tinggi beliau terhadap Malaysia selaku rakan strategik utama Perancis di rantau ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim.