Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 332627024315 1789124437765063 2215204180420901846 o

DSC 3314DSC 3355

KUALA LUMPUR, 29 Jan 18 – Menteri Angkatan Tentera Perancis, PYT Florence Parly telah mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan hari dalam rangka lawatannya ke Malaysia sempena Persidangan Tahunan 4th Malaysia-France Defence Joint High Strategic Committee bersama Menteri Pertahanan Malaysia di ibu negara.
Dalam lawatan ini, PYT Florence Parly telah diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama serta diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Turut hadir menyambut kedatangan PYT Florence Parly adalah Panglilma Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.

Dalam rangka lawatannya di sini, PYT Florence Parly turut melaksanakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Pertemuan dua hala ini dapat mengeratkan lagi kerjasama dari segi diplomatik pertahanan di antara dua Negara.

Kunjungan PYT Florence Parly ke Malaysia merupakan lawatan ulung beliau ke rantau Asia Tenggara sejak dilantik sebagai Menteri Angkatan Tentera Perancis yang baharu pada 21 Jun 2017.