Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

SUBANG, 25 Jan 18 - Allahyarham Lt Kol Haris bin Hassan TUDM telah selamat dikebumikan pada jam 1300 petang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Allahyarham meninggal dunia pada jam 0605 pagi di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap kanser sinus tahap 4. Jenazah telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Pangkalan Udara Subang.

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM serta semua pegawai-pegawai dan anggota LLP sekitar Lembah Klang turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jasa Allahyarham kepada Tentera Udara Diraja Malaysia amnya dan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara khasnya amat besar kerana beliau merupakan seorang pegawai TUDM yang berwibawa.

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara juga turut menziarahi keluarga Allahyarham bagi menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Panglima Tentera Udara kepada isteri Allahyarham serta menyerahkan sumbangan dari tabung kebajikan TUDM dan penyerahan bendera TUDM. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.