Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12

34

Mesyuarat Air Working Group (AWG) RTAF-TUDM bagi penggal pertama tahun 2018 telah dilaksanakan pada 15 hingga 19 Januari 2018 di Pattaya, Thailand di mana RTAF telah bertindak sebagai penganjur bagi mesyuarat kali ini.

Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh Panglima Wilayah Udara 1, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM selaku pengerusi TUDM dan Deputy Chief of the Air Staff, Air Marshal Maanat Wongwat selaku pengerusi RTAF. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk melaporkan serta membincangkan perancangan serta perkembangan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun 2017/2018.

Mesyuarat ini telah memberi ruang bagi kedua-dua pihak untuk bersemuka dan membincangkan hala tuju bagi aktiviti dua hala seperti latihan, kursus dan sosial di antara kedua-dua angkatan udara. Mesyuarat yang diadakan ini juga diselitkan dengan aktiviti riadah dan lawatan ke tempat tarikan pelancong, dan secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan keakraban dan semangat setiakawan pegawai kanan yang terlibat. Aktiviti sebegini penting bagi mengekalkan hubungan baik kedua negara dan seterusnya dapat menyumbang di dalam pengekalan keamanan serantau.