Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 7006WAN 7016WAN 7060

KUALA LUMPUR, 19 Jan 18 – YBhg Lt Jen Dato’ Sri Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM secara rasminya menyerahkan jawatan Panglima Bantuan Udara kepada penggantinya iaitu YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM di perbarisan serah terima tugas yang diadakan di MATRA 1, Pangkalan Udara Kuala Lumpur hari ini.

Majlis serah terima tugas telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan anggota Markas Pemerintahan Bantuan Udara.