Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2dfc33f8 babb 4332 89a9 2d296f37e66a7a665ce7 5e32 43cf 8633 d337704ab34b

303a2a7f e8a4 4f06 af81 15a578c2b3e0bee6f5a1 91e1 48cb b17f 177082fdd8d8

PATTAYA, 17 Jan 18 - Mesyuarat Air Working Group (AWG) di antara TUDM dan RTAF telah dipengerusikan secara bersama oleh Air Marsyal Maanat Wongwat (Deputy Chief of Ais Staff, RTAF) dan YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM.

Mesyuarat yang diadakan bagi penggal pertama tahun 2018 ini adalah bertujuan melampirkan pelaksanaan aktiviti bersama antara RTAF dan TUDM untuk tahun 2017 serta menyelaras perancangan aktiviti tahun 2018.

Pada masa yang sama juga, mesyuarat IPC Eksesais AIRTHAMAL 27/18 turut diadakan untuk menyelaraskan keperluan semua aspek pentadbiran, logistik dan operasi bagi melancarkan eksesais yang bakal dilaksanakan.

Manakala mesyuarat SOC/CRC dilaksanakan untuk membincangkan dan memperkasa hubungan kerjasama pengoperasian dan pengurusan ruang udara di sempadan kedua-dua negara.