Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

e7b96b89 4533 40df b08f bd433cdc812eec34d0ec 3c11 475b 9821 c4302a293b07

6320c8c5 a275 4646 957b 7c0ac68ec73217919518 2ed5 4176 89da 8893254be72d

KUALA LUMPUR, 16 Jan 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM hari ini telah menghadiri Program Retreat Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan 2018 bagi mendengar pencabahan idea para peserta serta memberi pandangan kepada semua ahli PKS dan PRO Markas Formasi/Briged berkaitan strategi komunikasi dan Program Hala Tuju MinDef dalam menjayakan Jelajah Perkasa Perwira melalui penyampaian dan saluran komunikasi yang tepat dan berkesan.

Program Retreat Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan 2018 yang berlangsung sejak semalam di Wisma Perwira ATM bertujuan untuk mendapatkan panduan dan khidmat nasihat tentang strategi komunikasi serta penyampaian maklumat yang boleh menyakinkan rakyat untuk terus membangun bersama Kerajaan oleh beberapa konsultan jemputan.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abd Rahim Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin; Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.