Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8576740b4d8c 508b 49b0 9731 6860e8e1da31WAN 6037WAN 6049WAN 6064WAN 6079WAN 6103WAN 6145WAN 6156WAN 6158WAN 5994WAN 6020

SUBANG, 12 Jan 18 – Pangkalan Udara Subang hari ini telah menerima lawatan kerja Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein sempena Program Jelajah Perkasa dalam mendukung usaha merealisasikan Halatuju Mindef.

Lawatan ini merupakan salah satu program di bawah Teras Kesiagaan yang dipengerusikan bersama Panglima Tentera Udara dan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan MinDef.

Dalam rangka lawatannya, YB Menteri Pertahanan telah mengadakan lawatan ke Institut Perubatan Penerbangan bagi melihat sendiri infrastruktur serta kemudahan yang terdapat di sini dan turut membuat tinjauan kesiagaan pesawat TUDM bagi melihat tahap kesiagaan aset serta berinteraksi dengan warga TUDM.

Lawatan kerja hari ini turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.

YB Menteri Pertahanan juga turut meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama-sama seramai 600 warga TUDM yang diadakan di No 22 Skuadron dan menunaikan solat jumaat di Masjid Pangkalan Udara Subang.