Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 5330WAN 5333WAN 5313WAN 5350WAN 5361WAN 5365WAN 5367WAN 5381WAN 5405

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2018 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Majlis Aku Janji Bajet 2018 Kementerian Pertahanan yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Wisma Perwira ATM hari ini.

Bajet 2018 Kementerian Pertahanan ini adalah susulan daripada Bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 27 Oktober 2017 dan telah diluluskan oleh Parlimen.

Sesi menandatangani dan penyerahan Aku Janji Bajet 2018 serta Waran Peruntukan kepada Panglima-panglima Perkhidmatan, Ketua-ketua Jabatan dan agensi pelaksana turut diadakan di majlis tersebut.

Dalam majlis ini juga, turut menyaksikan Pangkalan Udara Gong Kedak diumumkan sebagai PTJ Terbaik bagi Program Pertahanan Udara bagi tahun 2017, manakala Rejimen TUDM Jugra dan Pangkalan Udara Kuantan disenaraikan 20 PTJ Terbaik berdasarkan pengauditan AIMS.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.