Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

4eba3041 8f1f 4da7 8ee0 23eada6d2a44803d8245 bbbb 41ff a5d7 d79a1382e3bab1aacae0 cde3 4b04 8dea fc414241401e89d1be82 dcf2 40ea 9527 b2b6a05145ddde7c7353 3bc1 405d ab95 bedda4484834fdaae5bd 4d00 470c afd9 93bb3a02af7d231

IPOH, 22 Dis 17 – Satu istiadat perbarisan penghargaan sempena persaraan Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM telah berlangsung di Akademi Tentera Udara, Ipoh. Istiadat perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghormatan terakhir TUDM kepada YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM khususnya TUDM.

Di dalam istiadat yang penuh gemilang ini, YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM telah mengambil tabik hormat dan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 14 pegawai dan 205 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mej Khairullizam bin Sarudin TUDM. Dalam istiadat perbarisan itu juga, Lt Kol Wan Ibrahim bin Wan Harun TUDM turut mendeklamasikan sebuah sajak khas kepada YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM.

Di akhir acara, YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM bersama isteri YBhg Datin Baynum bte Hassan telah dibawa berarak menggunakan kenderaan jenis Korean Jeep dengan diiringi Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TUDM dari Cawang Tadbir ke kenderaan beliau dan seterusnya meninggalkan Akademi Tentera Udara, Ipoh.

Turut hadir di perbarisan penghargaan ini Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Mohamed Nazri bin Dashah TUDM dan Pengarah IPP, YBhg Brig Jen Dato’ Dr Zahari bin Jusoh serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM dari Cawang Tadbir.

Selamat Bersara dan Semoga Terus Maju Jaya kepada YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM. Jasamu dikenang!