Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

a17d715b 7663 4f07 adef 123e97a09b6658b51e94 8361 471c 80c4 efb2fa041edb72900db6 891c 4429 a168 c6c6048960d1aec53fbb 9c15 4f2a a031 8ff3c65f3c281bb4a22e 6920 4e1b b162 cfcfd015c046

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2017 – Karnival Maulidur Rasul Peringkat ATM telah dilaksanakan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1439 Hijrah. Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan pihak pengurusan Masjid Khalid Al-Walid telah diberi mandat untuk menganjurkan program ini bersama-sama Hari Terbuka Masjid Khalid Al-Walid.

Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula daripada 21 hingga 22 Disember 2017 mengandungi pelbagai acara dan aktiviti kerohanian antaranya program motivasi Super Solat bersama PU Fidz yang disertai oleh anak-anak anggota dan ahli kariah. Turut diadakan ceramah kesihatan bertajuk “Sayangi Jantung Anda” yang disampaikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM dan turut menyediakan kesihatan percuma dan Klinik Terbuka Rawatan Islam.

Selain itu juga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai “Pengguna Bijak” kepada para pengunjung karnival ini. Penceramah Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat juga dijemput bagi menyampaikan ceramah bertajuk “Ibu Bapa Cemerlang, Anak Gemilang” dan Ceramah Perdana Maulidur Rasul SAW yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Selangor.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang akan dilaksanakan hingga akhir karnival seperti Ceramah Pengurusan Kewangan Keluarga oleh Bank Muamalat, program Qiammulai, Kuliah Subuh dan bermacam lagi.

Selain daripada aktiviti kerohanian, terdapat juga gerai jualan, food truck dan Car Boot Sale disediakan sepanjang karnival ini. Pakaian, buku-buku islamiah dan makanan sunnah turut dijual sewaktu karnival ini. Para pengunjunga juga berpeluang untuk mempelajari dan merasai sendiri pengalaman memanah yang semestinya sukan atau cara bertempur Rasullah SAW dan para sahabat sewaktu berperang.

Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas ATM, YBhg Lt Jen Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal mewakili Panglima Angkatan Tentera. Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan Tabung Zakat ATM iaitu bantuan persekolahan kepada anak-anak Asnaf ATM yang berupa alat tulis dan wang tunai RM 200.00. Seramai 40 orang penerima dari kawasan Lembah Klang menerima sumbangan pada majlis tersebut masing-masing berumur dari 6 hingga 17 tahun. Ia merangkumi anak-anak daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM (Darat, Laut dan Udara) serta staf awam KEMENTAH.