Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

14

32

KUALA LUMPUR, 18 Dis 17 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada tiga orang pegawai kanan TUDM yang berlangsung di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Pegawai kanan yang dinaikkan pangkat adalah Mej Simanchalam a/l Letchumanan TUDM, Mej Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM dan Mej Zulbasri bin Bongsu TUDM. Ketiga-tiga mereka masing-masing dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM berkuatkuasa mulai 3 Nov 17.

Turut hadir Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.