Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

25398629 1579280192159621 5308708041194672481 n25353585 1579280122159628 6789523623077525843 n25442873 1579280162159624 3009428535178049535 n25289570 1579280218826285 2685169548336440286 n25396054 1579280302159610 4348100201883869546 n25152344 1579280248826282 2100060420705605683 n25348509 1579280595492914 4329739772137124775 n25348814 1579280488826258 4285745308036973614 n25442928 1579280852159555 1436400555056037585 n25446227 1579280645492909 2775917325158921583 n25445993 1579280455492928 689169245382704464 n25443115 1579280525492921 6282996697336546344 n

PORT DICKSON, 16 Dis 17 - Seramai 51 pegawai kadet TUDM (41 lelaki dan 10 wanita) antara yang terlibat dalam perbarisan tamat latihan dan pemakaian pangkat di Akademi Tentera Darat (ATD) Kem Segenting, Port Dickson.

Acara perbarisan dan pemakaian pangkat ini merupakan gabungan acara Pegawai Kadet (PK) Graduan dari ketiga-tiga perkhidmatan di dalam ATM iaitu TD, TLDM dan TUDM melibatkan seramai 201 PK (156 lelaki, 45 wanita).

Kesemua PK ini telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda (Lt M) setelah berjaya menamatkan latihan asas selama 9 bulan mulai Mac hingga Disember lalu di pusat perkhidmatan masing-masing. Pegawai Rendah Kanan (PRK) Muhammad Syazwan bin Ahmad telah dipilih sebagai Pegawai Kadet Keseluruhan Terbaik TUDM dan akan berkhidmat di Cawang Materiel.

Acara perbarisan dan pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.