Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2

SUBANG – Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM merupakan satu acara yang diadakan pada setiap tahun bagi menghargai prestasi setiap pegawai dan anggota TUDM yang telah mengharumkan imej TUDM samada di peringkat TUDM serta Negara. Majlis Anugerah TUDM diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan motivasi  warga TUDM.

Majlis yang penuh gemilang ini telah dimulakan dengan perbarisan statik yang melibatkan seramai 165 anggota terdiri daripada 11 pegawai dan 154 anggota lain-lain pangkat. Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah membuat pemeriksaan anggota perbarisan diiringi oleh Ketua Perbarisan, Mej Mohd Humaizi bin Ibrahim TUDM.

Seterusnya, majlis telah diteruskan dengan sesi penganugerahan kepada pemenang-pemenang mengikut kategori-kategori berikut :

a.  Penyampaian Pingat PNBB.

b.  Anugerah Sukan TUDM.

c.  Anugerah Terbang Selamat.

d.  Green Endorsement.

e.  Airmen of the Year.

f.  Squadron of the Year.

g.  Best Quarters of the Year.

h.  Best Base Award.

WAN 9540WAN 9547

PENYAMPAIAN PINGAT PNBB
Penyampaian United Nations Medal (Pingat PNBB) kepada pegawai/anggota TUDM yang menyertai Kontingen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengikut Misi MALBATT 850-4 dibawah Misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

Penyampaian Pingat PNBB ini adalah suatu pengiktirafan PNBB kepada anggota-anggota misi UNIFIL yang telah selesai menjalankan tugas selama 6 bulan atau 12 bulan dengan jayanya.

Seramai 95 orang warga TUDM terdiri dari 5 orang Pegawai dan 90 orang Anggota lain-lain pangkat telah menerima penganugerahan pingat PNBB dalam majlis ini.

GREEN ENDORSEMENT
Anugerah Green Endorsement ini merupakan anugerah yang diberikan khusus kepada anak kapal yang terlibat dengan pengoperasian pesawat TUDM dalam melaksanakan apa jua misi samada di dalam mahupun di luar negara.

Anugerah ini adalah bagi menunjukkan penghargaan TUDM di atas kecekapan, sikap profesional dan kerjasama di antara anak kapal dalam melakukan tugas penerbangan, samada telah melaksanakan sesuatu tugasan yang sukar yang telah dipertanggungjawabkan dengan cemerlang, ataupun dalam menangani sesuatu situasi kecemasan yang mungkin boleh membawa kepada kerugian yang besar mahupun kehilangan nyawa.

AIRMEN OF THE YEAR
Anugerah ”Airmen Of The Year” adalah merupakan anugerah yang diberikan kepada anggota-anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam menjalankan tugas harian dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Tahap disiplin yang tinggi, patuh kepada arahan pihak atasan serta menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang salah laku adalah merupakan kriteria utama kepada penerima anugerah berprestij ini.

Anugerah ”Airmen Of The Year” terbahagi kepada 3 kategori iaitu :

a.  Kategori Pegawai Waren Udara I/II.

b.  Kategori F/Sjn Udara dan Sarjan Udara.

c.  Kategori Koperal Udara ke bawah.

ANUGERAH TERBANG SELAMAT
Anugerah Terbang Selamat merupakan satu anugerah yang khusus kepada juruterbang sebagai pengiktirafan kepada keupayaan serta kemampuan mereka yang telah mempamerkan sikap profesional dan airmanship yang baik dalam menerbangkan dan mengendalikan pesawat TUDM serta berketerampilan tinggi sebagai seorang pegawai TUDM.

Bagi melayakkan seseorang juruterbang itu untuk dicalonkan bagi menerima anugerah ini, mereka perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan. Antara kriteria yang perlu dipenuhi adalah, setiap juruterbang tersebut haruslah menyempurnakan sejumlah jam penerbangan sebagai komander sesebuah pesawat. Mereka juga perlu mempunyai rekod yang bersih tanpa mengalami sebarang kemalangan yang berpunca daripada kesilapan mereka sendiri (Aircrew Factor). Selain itu, mereka hendaklah tidak terlibat dengan sebarang kes-kes disiplin yang boleh menjejaskan kredibiliti mereka sendiri.

Oleh yang sedemikian, penerima anugerah ini juga boleh dianggap sebagai Role Model yang patut dicontohi oleh juruterbang generasi baru.

ANUGERAH SUKAN TUDM
Anugerah Sukan adalah merupakan anugerah yang disampaikan kepada pasukan dan individu yang telah memperoleh kejayaan yang cemerlang di samping mengharumkan nama TUDM dalam pertandingan sukan antara perkhidmatan ATM 2017.

Penerima-penerima Anugerah Sukan TUDM 2017 adalah berdasarkan kepada kategori sukan seperti berikut :

a.  Johan :

(1)  Kriket (Lelaki)

(2)  Kriket (Wanita)

(3)  Ragbi

(4)  Petanque

(5)  Tinju

(6)  Payung Terjun

WAN 9850WAN 9852WAN 9855WAN 9861WAN 9862WAN 9865

b.  Naib Johan :

(1)  Memanah

(2)  Hoki Padang (Lelaki)

(3)  Menembak (Lelaki)

(4)  Sukan Lasak

WAN 9869WAN 9876

WAN 9882WAN 9875

SQUADRON OF THE YEAR
Anugerah Squadron Of The Year merupakan suatu pengiktirafan yang formal kepada skuadron penerbangan TUDM yang berjaya menunjukkan keterampilan yang terbaik dalam pengurusan sumber dibawah kawalan dan telah menunjukkan pencapaian tahap kepimpinan berkualiti dan unggul.

Anugerah Squadron of The Year 2017 telah diadakan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :

a.  Menggalakkan persaingan yang sihat di antara skuadron-skuadron penerbangan TUDM ke arah amalan pengurusan yang berkualiti selaras dengan matlamat transformasi Air Force Next Generation (AF-NG).

b.  Perlaksanaan usaha-usaha pengukuran bagi mengenalpasti tahap pencapaian skuadron-skuadron penerbangan dalam semua pengurusan dan operasi.

c.  Menggalakkan skuadron merencana strategi dan taktik peperangan udara yang berkualiti tinggi dan efektif ke arah misi penerbangan yang cemerlang.

d.  Menggalakkan kesedaran tentang perancangan berkualiti gabungan modal insan dan peralatan sokongan ke arah pencapaian tugas operasi yang efektif dan selamat.

BEST QUARTERS OF THE YEAR
Anugerah Best Quarters of The Year 2017 adalah anugerah yang diadakan dengan tujuan untuk mempertingkatkan kecemerlangan di dalam pengurusan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta memupuk semangat kerjasama diantara penghuni dan juga keluarga dalam mempertingkatkan kualiti hidup yang lebih baik. Justeru satu pertandingan di antara RKAT diseluruh pangkalan-pangkalan TUDM telah diadakan selaras dengan aspirasi pucuk pimpinan tertinggi TUDM.

Antara objektif utama pertandingan ini adalah untuk menilai prestasi dan pencapaian RKAT anggota lain-lain pangkat (LLP) kearah mewujudkan persekitaran RKAT LLP yang bersih dan kemas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melonjakkan lagi kecemerlangan dalam pengurusan RKAT di kalangan penghuni RKAT dan memupuk semangat kerjasama penghuni serta keluarga blok/penempatan RKAT.

Sebanyak 12 buah pangkalan TUDM seluruh negara telah terlibat dalam pertandingan tersebut. Antara aspek-aspek yang dinilai bagi setiap RKAT adalah kepimpinan Ahli Jawatankuasa, kebersihan dan kesihatan, keceriaan dan keindahan serta kerohanian dan sivik.

SENARAI NAMA PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH :

WAN 9569

1. Anugerah Terbang Selamat - Mej Jen Dato' Zahani bin Zainal Abidin TUDM; Ketua Staf MPOU

2. Green Endorsement :

a.  Mej Zul Helmie bin Zainuddin TUDM - No 14 Skuadron.

b.  Mej Mohd Azrin bin Zaihari TUDM - No 20 Skuadron.

c.  Kapt Mohammad Amirol Mohd Deran TUDM - No 20 Skuadron.

d.  Kapt Mohd Solehin bin Azman TUDM - No 14 Skuadron.

e.  Sjn U Agustinus Yahya - No 20 Skuadron.

f.  Sjn U Yushafizal bin Yusoff - No 14 Skuadron.

g.  Sjn U (W) Prema a/p Gobi - No 14 Skuadron.

h.  Sjn U (W) Nor Farihin binti Hashim - No 14 Skuadron.    

WAN 9708

3. Squadron of The Year - No 20 Skuadron

4. Top-5 Squadron :

a.  No 18 Skuadron.
b.  No 5 Skuadron.
c.  No 15 Skuadron.
d.  No 20 Skuadron.
e.  No 22 Skuadron.

5. Airmen of The Year :

WAN 9617

a. Kategori Pegawai Waren Udara I/II - PW U I Mohamad Yazid bin Shahdan.

WAN 9633

b. Kategori F/Sjn Udara dan Sarjan Udara - Sjn U Tony anak Linggi.

WAN 9649

c. Kategori Koperal Udara ke bawah - Kpl U Zulkhairie bin Mad Jailani.

WAN 9730

6. Best Quarters of The Year - Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara.

WAN 9752

7. Best Base Award - Pangkalan Udara Subang.

Turut hadir ke majlis ini adalah Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM ; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM ; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM ; Panglima Bantuan Udara serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM, para pegawai dan anggota TUDM.