Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

910965e6 6b73 4d26 8939 0129fa5ce80a5a03edeb 7b0d 4f96 a7a1 8394ee2e8bfc3209a008 0a16 4e60 b913 5ab4b6d69147e0588fd0 d3ed 4eca 8c65 9ad78f78988affb9734a 59ae 42c9 a674 e2330bf73d2b

KUALA LUMPUR, 13 Dis 17 – Mej Roslimizal bin Kamarozaman TUDM antara penerima anugerah kecemerlangan bagi Anugerah Komandan (Kertas Akademik) Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 46/2017 yang dianjurkan oleh Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

Seramai 163 orang pegawai berjaya menamatkan pengajian selama 49 minggu yang bermula dari 9 Januari hingga 15 Disember 2017. Melalui kursus ini, para penuntut diiktiraf dengan Sijil ‘psc’ (Passed Staff College) dan Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan yang dibangunkan dengan kerjasama MTAT – UPNM.

Kursus ini juga turut disertai oleh pegawai-pegawai tentera dari negara sahabat yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia serta pegawai PDRM dan APMM.

Majlis Penyampaian Diploma KPSM 46/2017 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum dan turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain, kedutaan luar negara dan Penasihat Pertahanan negara sahabat serta ahli keluarga peserta kursus.