Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

91fdd5df 9f21 457d 8774 d2f68d6ad8cf67b4950d 6973 499f 965e e36ade6353b8c810b07d d73b 4c61 885e 1ab4b24f48c9f680f44b 0de1 4784 865a 26cb4bc3cb9e9065f455 d1ca 4de6 8135 f17aecc08ef7

KUALA LUMPUR, 7 Dis 17 – Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan telah mengadakan lawatan sulungnya di Kementerian Pertahanan semenjak menjawat jawatan tertinggi di dalam Angkatan Tentera Diraja Thai.

Dalam lawatan ini, Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan telah diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama serta diperkenalkan kepada Pegawai-Pegawai Kanan ATM yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Turut hadir menyambut kedatangan Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.

Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan turut melaksanakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor. Pertemuan dua hala ini dapat mengeratkan lagi kerjasama dari segi diplomatik pertahanan di antara dua Negara.