Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456.17

 

KUALA LUMPUR, 4 Dis 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah serta Adinda dan Kerabat Diraja Pahang telah menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1439H/2017M yang diadakan di Masjid Abdullah bin Zubair, Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Majlis dimulakan dengan marhaban serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW daripada Kumpulan Marhaban Sawatun Jundi, Masjid Khalid Al-Walid yang diketuai oleh Mej Mohd Nizam bin Dato’ Tarmizi Alhafiz.


Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Surah Yaasin dan solat berjemaah seterusnya mendengar tazkirah yang disampaikan oleh YBhg Al-Fadhil Dato’ Ust Badli Shah bin Alauddin, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau di Jabatan Agama Islam Pahang.Turut hadir di majlis ini juga adalah Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM; Panglima Bantuan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM, Mantan-mantan Panglima Tentera Udara serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.