Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

f3194734 cebf 4031 94c3 db1874b4a9d83ae80f53 8b95 437c 9845 fb2dc298d2203f8af19b 0687 47be affd b39c0112b126d26a4811 9a2b 45af 9104 4f653400cb23e2c3070f d871 414c b3ce bea847bfb2b0

PORT DICKSON, 30 Nov 17 - Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM telah membuat Penggulungan Resolusi dan merasmikan penutupan Seminar Pegawai-pegawai Kanan Cawang Kawalan Lalulintas Udara (KLLU) TUDM Siri 1/17 yang berlangsung dari 27 hingga 30 Nov 17 di Port Dickson Golf Country Club, Negeri Sembilan.

Seminar ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan latihan, operasi dan juga perancangan sumber manusia Cawang KLLU bagi terus memastikan setiap keperluan operasi penerbangan tentera ataupun awam terus dapat dilaksanakan. Pada masa yang sama Panglima Operasi Udara turut diberi taklimat dan rumusan berkenaan seminar oleh Pengarah Kurikulum MPPLU, YBhg Kol Thamilanty A/L Periasamy TUDM.

Turut hadir seminar ini Ketua Pengarah Sekretariat, YBhg Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Abdul Manaf TUDM, Pengarah Kurikulum MPPLU, YBhg Kol Thamilanty A/L Periasamy TUDM, Penyiasat Biro Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBhg Kol Shamsudin bin Mahadi TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan KLLU dari seluruh pangkalan TUDM.