Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 4711DSC 0116DSC 4676DSC 4586DSC 0033DSC 4876DSC 0311DSC 0416DSC 0533DSC 1631DSC 3701DSC 3780DSCN4115DSC 4899DSC 5088DSC 5385DSC 0800DSC 0881

SUBANG, 26 Nov 17 - Karnival Sukan 1 Keluarga (KS1K) telah sampai ke kemuncak acara sejak dirasmikan pada 13 Sep 17 yang lalu. Karnival ini telah berlangsung secara berperingkat mengikut 4 pecahan zon di seluruh Malaysia mengikut penempatan Markas/Pangkalan/Unit di bawah naungan TUDM iaitu Zon Utara, Tengah, Pantai Timur serta Malaysia Timur.

Karnival Sukan 1 Keluarga (KS1K) telah membabitkan sebanyak 4 sukan utama iaitu Badminton, Boling Padang, Petanque dan Futsal serta 2 acara keluarga iaitu Sukaneka untuk kanak-kanak dan Sukan Rakyat untuk keluarga.

Objektif utama penganjuran Karnival Sukan 1 Keluarga (KS1K) adalah untuk mencipta satu keluarga yang harmoni melalui aktiviti kesukanan dengan sasaran mengeratkan hubungan di setiap peringkat lapisan masyarakat dan menyahut cabaran kerajaan untuk melahirkan warga yang sihat dan cergas. Gabungan objektif ini sekaligus mampu memangkinkan warga TUDM yang bermutu dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang.

Di peringkat akhir kejohanan Karnival Sukan 1 Keluarga (KS1K) menyaksikan penglibatan pasukan yang telah berjaya melayakkan diri semasa pertandingan di peringkat zon untuk mewakili pangkalan/unit masing-masing bagi setiap kategori sukan yang dipertandingkan.

Majlis perasmian pembukaan KS1K peringkat akhir telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan disaksikan bersama oleh Pengerusi MyWin Academy, YBhg Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah.

Majlis perasmian finale KS1K telah diserikan dengan pelbagai gimik persembahan seperti persembahan muzikal dan kebudayaan dari Pancaragam TUDM, Tim Drumline TUDM dan Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU). Selain itu juga, persembahan yang mantap turut dilakukan oleh Atlet-atlet TUDM dari Persatuan Bina Badan dan Persatuan Ragbi.

Acara senamrobik bersama seluruh warga TUDM telah dijadikan sebagai pembuka tirai sebelum KS1K peringkat akhir dilaksanakan mengikut kategori sukan yang dipertandingkan.

Di kemuncak kejohanan pada sebelah petang pula telah berlangsung Majlis Penutupan serta Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Yang Amat Mulia Tengku Seri Teja Pahang Puan Sri Datin Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah.

Pelaksanaan KS1K dilihat telah memberi impak yang maksima serta mewujudkan satu budaya ke arah gaya hidup sihat khususnya buat seluruh warga TUDM bersama seisi keluarga yang jelas telah tercapai serta memenuhi keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi atau keluarga (Work Life Balance).