Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0174DSC 0179DSC 0014DSC 0044DSC 0046DSC 0049DSC 0057DSC 0131DSC 0149

SUBANG, 23 Nov 17 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 40/17 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Dewan Pahlawan, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM; AKS Sumber Manusia, YBhg Brig Jen Hj Fauzi bin Saleh TUDM; Komander Pangkalan Udara Subang, YBhg Brig Jen Dato' Shamsudin bin Kassim TUDM; wakil AKS Tadbir, YBhg Kol Ahmad bin Rahman TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM serta pegawai-pegawai dan jurulatih INSTAR.

Kursus ini telah dihadiri seramai 55 orang pelatih berpangkat F/Sjn yang terdiri daripada pelbagai ketukangan dalam TUDM. Semua pelatih telah menamatkan kursus dengan jayanya. Pelatih terdiri daripada 52 pelatih lelaki dan 3 pelatih wanita. Kursus ini bermula pada 24 Okt 17 dan tamat pada 24 Nov 17.