Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

07c97a0c 1749 4221 a238 cc90aead4ebe34f64956 d987 4578 84a4 842882018759f36fd527 cebb 42a3 af76 4a7836d4e85b

KOTA BELUD, 21 Nov 17 - Upacara penyerahan System Mobile Radar Threat Emitter Simulator (MRTES) kepada TUDM turut diadakan selepas Demonstrasi Air to Ground (ATG) sempena Eksesais PARADISE Siri 4/2017. Penerimaan aset ini sekaligus telah menjadikan TUDM menerima satu lagi aset penting dalam meningkatkan keupayaannya mempertahankan ruang udara negara.

MRTES yang telah dibangunkan secara usahasama oleh TUDM, STRIDE dan Syarikat Ikramatic Systems Sdn Bhd merupakan jenis pertama seumpamanya di Malaysia dan direkabentuk serta dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera tempatan. Sistem MRTES ini telah lulus dalam ujian yang dijalankan oleh EWSC TUDM dan STRIDE.

Sistem ini berupaya ditempatkan di mana jua untuk kegunaan latihan peperangan elektronik (Electronic Warfare) pesawat-pesawat TUDM terutamanya pesawat pejuang. Semasa majlis penyerahan, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara telah menerima sistem MRTES ini mewakili TUDM manakala Syarikat Ikramatic diwakili oleh Tuan Syed Mohamad Jamil.