Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

894966c8 0294 4f93 ad94 1d7816da1bb58c2fb389 d344 4698 ab7c 6b55f4f6b54f41db8fa7 83cf 4697 9962 cb880d6cf569c6cd8347 b097 4ec9 b69d 054364e06260eba05360 100a 49d4 bda6 7a8527b80e60ff9acff0 4b10 4f21 84f2 019100f38837

KUALA LUMPUR, 13 Nov 17 – Eksesais ANGSA 12/2017 latihan bersama ketiga-tiga Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah dilaksanakan bermula mulai 6 hingga 13 November 2017 bertempat di Pusat Simulasi Olah Perang (PSOP) telah berakhir secara rasmi petang tadi dengan mencapai semua objektif yang telah digariskan.

Majlis Penutup eksesais telah disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara bertempat di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM.

Ek ANGSA 12/2017 yang dilaksanakan dalam bentuk Staff Exercise (STAFFEX) telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan dan mencapai matlamat yang disasarkan. Sesuai dengan eksesais terakhir dalam siri pelaksanaannya dan akan diganti dengan Eksesais Pahlawan, Ek ANGSA 12/2017 telah dirancang dan dilaksanakan bagi mempertingkatkan pengoperasian bersama di antara TDM, TLDM dan TUDM sesuai dengan perkembangan teknologi, taktik dan keperluan semasa.

Secara keseluruhannya, eksesais ini telah mencapai objektif utama untuk melaksanakan perancangan operasi bersama yang melibatkan gambaran senario geopolitik di Laut China Selatan. Ek ANGSA 12/2017 telah berjaya mempertingkatkan pengetahuan dan kemampuan peserta dalam menjana konsep operasi dengan efisyen dan berkesan. Tahap pengetahuan dan kecekapan peserta dalam mengaplikasikan Joint Military Appreciation Process (JMAP) sebagai metodologi merancang juga telah berjaya dipertingkatkan melalui tutorial, sistem mentoring serta memahirkan peserta dalam pengunaan Joint Theater Level System (JTLS). Pendedahan dalam eksesais seperti ini telah memberi manfaat yang besar kepada peserta eksesais dalam penyediaan Konsep Operasi. Konsep Operasi yang telah dihasilkan akan digunakan untuk eksesais-eksesais pada masa akan datang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato' Seri Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli; Asisten Ketua Staf J5 Mk Angkatan Bersama, Laksamana Muda Zulhelmi bin Ithnain; Pengarah Eks ANGSA 12/2017, Laksamana Pertama Anuar Hj Alias; Ketua Pengarah OPLAT TD, Brig Jen Dato' Hj Yaacob b Hj Samiran; Asisten Ketua Staf J7 MK Angkatan Bersama, Laksamana Pertama Chan Peng Cheong dan Komander JTF Eks ANGSA 12/2017, Laksama Pertama Khalid bin Jaafar.