Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

a7434a82 d9a5 4c83 acdb c909894159ae29bae72c 8e0d 40ce a633 7f9b45a8d4e25117d7fa 15c6 44ef a4ff 9e36e56e6e8a237fcfab a8cd 40ad 9aba 5c9aba5db00123fb7124 818c 4c5f a5f9 04d2d17aaaf8a43e2c3e 7e7c 48cc a0cb d72e0898db2ab247c16b 50f7 4f0d bcc5 f390feb24255be3079dc 7b06 49bc 9f45 126456ba4d9bc6ce5602 6d63 4aa3 84cc 8b91a262263d42cf04d4 b7d7 4de1 a716 47656d61add6dafee715 c818 4d3a 84a8 02707a3331d9ad8b3b48 52cd 40d0 93b2 e5533bf80f3f

KUALA LUMPUR, 10 Nov 17 – Skuad Sukan TUDM telah menunjukkan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila beraksi cemerlang di Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM yang diadakan pada 6 Nov hingga 10 Nov 17. TUDM telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan di dalam empat dari lima sukan yang dipertandingkan iaitu Petanque, Tinju, Kriket dan Ragbi.

Sukan Ragbi menjadi acara penutup bagi karnival sukan kali ini dengan menyaksikan pasukan TUDM, Tentera Darat dan TLDM masing-masing memberikan saingan sengit untuk merebut kejuaraan. Pasukan Ragbi TUDM atau dikenali dengan “Blackhawk” muncul juara dalam kategori 15 sepasukan menewaskan pasukan ragbi dari Tentera Darat.

Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM merangkap Pengerusi Lembaga Sukan TUDM hadir menyaksikan perlawanan akhir ragbi serta menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan penutup Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM pada tahun ini.

Turut hadir AKS Perancangan Pembangunan MTL, Laksamana Pertama Shamsudin bin Hj Ludin yang mewakili Timbalan Panglima Tentera Laut dan AKS Materiel, YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Mohd Yunus bin Masjuki TUDM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Lembaga Sukan TUDM serta para penyokong dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Syabas TUDM!