Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

c226b3ce b872 45c6 8bab 43ec15062c2ab21cf0ff 56f7 47ac 8b41 cb073602f0cfb89cc4af f367 4e5e 871b 2c712e8c2bbadd9d2ef0 53b5 49dc a196 425f2ee3549c6d2d2501 668f 4967 9ef6 8e5309629beb2dc4d5b6 e186 4f80 acc0 b6da22163f60

SUBANG, 10 November 2017 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Principal Air Warfare (PAW) Siri 11/17 telah disempurnakan oleh Brig Jen Dato’ Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM, Ketua Staf Operasi, MAWILUD 1. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Kol Felix Gonsalvez Alexander TUDM, Komander AWC TUDM.

Kursus yang bermula pada 30 Nov hingga 10 November 2017 ini dihadiri seramai 16 orang pegawai daripada pelbagai ketukangan dalam perkhidmatan TUDM. Pada edisi kali ini, seorang pegawai daripada Royal Australian Air Force (RAAF) turut serta menyertai kursus selama 2 minggu di Hotel Summit, USJ, Subang. Secara keseluruhan, Kursus PAW kali ini telah berjaya mencapai objektif penganjurannya.

Peserta bengkel telah diberi pendedahan berkenaan aspek-aspek berikut:

a. Prinsip-prinsip peperangan udara, sejarah serta pembangunan berkaitan peperangan udara moden.
b. Pengenalan kepada proses perancangan operasi serta implimentasi diperingkat operasi dan tektikal.
c. Pendedahan kepada simulasi olah perang dengan mengaplikasikan, Extended Air Defence Simulation System (EADSIM).

Kursus PAW siri 11/17 telah dikoordinasikan oleh AWC TUDM dengan penglibatan tenaga pengajar daripada AWC TUDM sendiri serta pegawai-pegawai daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.