Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6f8954f2 9b06 4e00 9b78 18e67dcb2a577a781170 1f32 49f7 92fd 75a7f0f555cb71be5e59 7f4f 49eb b048 8420dd4f44ed76e63949 c2b8 49c9 b43e f3d68fc5e4e7364b3a22 2c26 4311 9d54 fc71424d149a372fadf6 f8ac 4882 a256 2d24cb2fa3c581534fb4 ee37 4871 92bd 823267989474b59f5f8e 18da 4796 8b75 5c5acd2140f4ba5edb0c 1ce6 497c 8edb 61d81b7152f0eaff7da0 279d 4c93 b346 50f26dfa9e1beca66836 c0b5 4238 8985 0dadb6c923c9ec36797f 8ff0 4c11 aa90 80d8a89e0857eca66836 c0b5 4238 8985 0dadb6c923c9

 

JUGRA, 9 Nov 17 – TUDM telah mengungguli Kejohanan Tinju Antara Perkhidmatan ATM bagi tahun 2017 setelah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan perlawanan. Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan dan TUDM telah meraih pingat emas bagi 4 kategori iaitu Fly (52kg), Light (60kg), Light Welter (64kg) dan Welter (69kg).

Keputusan Penuh Kejohanan yang membabitkan TUDM pada aksi perlawanan tinju semalam adalah seperti berikut :

EMAS
1. Fly (52kg) – Kpl U Mohd Hassansalman M.Zahari.
2. Light (60kg) – Kpl U Mohd Rusydi Md Zolkiple.
3. Light Welter (64kg) – LU Rafael Mikael Abd Rahman.
4. Welter (69kg) – Kpl U Eswaran A/L Murali.

PERAK
1. Bantam (56kg) – Kpl U Salahuddin Hassan.
2. Light Welter (64kg) – LUK Muhamad Al Nazirul Othman.
3. Light Heavy (81kg) – LUK Mohd Faizal Omar.

GANGSA
1. Light Fly (49kg) - LU Muhamad Sharif Fauzi.
2. Fly (52kg) – LUK Jayaraman A/L Selvakumar.
3. Bantam (56kg) – LU Arfiqanie Ahmad Anshori.
4. Light (60kg) – Kpl U Muhamad Yusof Muhamad Nawawi.
5. Middle (75kg) – LU Mahamad Rahidi Mahmud.
6. Light Heavy (81kg) – LU Tengku Nasharudin Tengku Yeng.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM turut menyaksikan Kejohanan Tinju tersebut dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir menyaksikan kejohanan tinju ini adalah AKS Materiel, Brig Jen Dato Dr. Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Lembaga Sukan TUDM, AKS Tadbir, Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM, TDM serta TLDM.

Tahniah Diucapkan kepada semua peninju TUDM!