Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171110 WA0001IMG 20171110 WA0004IMG 20171110 WA0003IMG 20171110 WA0000IMG 20171110 WA0002

KUALA LUMPUR, 9 Nov 17 - Bahagian Perhubungan Awam TUDM (MTU-Sekretariat Delta) telah berjaya mengharumkan nama TUDM setelah dinobatkan sebagai penerima anugerah dari Dewan Sosial Media Malaysia pada Malam Anugerah Media Sosial Malaysia Tahun 2017 yang diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM telah merangkul Anugerah "Best Social Media Excellence Award (Public Services Sector)" dimana penilaian bagi penerima anugerah ini dilaksanakan berdasarkan keaktifan penyaluran rencana/informasi menerusi platform media sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.

Anugerah Media Sosial Malaysia adalah merupakan anugerah yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan agensi kerajaan mahupun swasta yang menggunakan medium media sosial sebagai platform hebahan maklumat kepada umum.

Sebanyak 33 kategori telah dipertandingkan dalam Anugerah Media Sosial Malaysia yang membabitkan penglibatan pencalonan sebanyak 240 agensi. Penilaian yang dibuat dari panel profesional telah mengenalpasti 33 pemenang yang layak bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi & Multimedia, YB Senator Datuk Seri Panglima Dr Salleh Keruak.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Bahagian Perhubungan Awam TUDM diatas pencapaian penganugerahan yang membanggakan tersebut!