Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6b113e3d c572 4f96 8af1 d76f082ebaf9bf352114 dd0c 4025 8f65 008abafe30a34a1eb9fb e8d6 4446 b9dd b6c0e44af422cec32a90 c1c0 4acf 8356 e0baf5804a43ea52d607 a83f 4098 a148 6f4caf754984aa28527e 31d8 4f1d 818f db8f2c7cde21

PORT DICKSON, 9 Nov 17 – Seramai 19 orang Pegawai TUDM telah menghadiri Seminar Pegawai Antidadah TUDM 2017 yang dianjurkan oleh Cawangan Provos Marsyal mulai 6 hingga 9 Nov 17 di Hotel Legacy, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tujuan seminar adalah untuk memperkemaskan bidang tugas Pegawai Antidadah Skn/Unit dan menyelaraskan pelaksanaan Program Antidadah di peringkat Skn/Unit agar bertetapan dengan Pelan Tindakan Antidadah ATM.

Di samping itu, ianya dapat memberi pendedahan kepada Pegawai Antidadah Skn/Unit berkenaan kesedaran dan kepentingan pembanterasan penyalahgunaan dadah di kalangan anggota TUDM.

Majlis penutup seminar telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Brig Jen Dato’ Dr. Ismail bin Manuri TUDM yang mewakili Timbalan Panglima Tentera Udara.