Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171108 WA0005IMG 20171108 WA0008IMG 20171108 WA0009IMG 20171108 WA0010IMG 20171108 WA0011IMG 20171108 WA0013IMG 20171108 WA0015IMG 20171108 WA0016IMG 20171108 WA0019

TAWAU, 8 Nov 17 - Susulan pelaksanaan Trilateral Maritime Patrol (TMP) yang telah dilancarkan di Tarakan, Indonesia pada 19 Jun 2017, Malaysia, Filipina dan Indonesia sekali lagi telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dengan melaksanakan Trilateral Air Patrol (TAP).

Secara amnya, TAP merupakan satu inisiatif untuk memperkasakan pengawasan keselamatan dan kesiapsiagaan ruang udara dan maritim di Laut Sulu daripada pergerakan ekstremis pengganas yang merentasi sempadan ketiga-tiga negara.

TAP yang telah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pangkalan Udara Subang pada 12 Okt 2017 akan beroperasi secara penggiliran bulanan bagi ketiga-tiga negara. Malaysia menjadi negara pertama yang akan mengetuai operasi dengan menggunakan pesawat TUDM diikuti Filipina pada Disember dan seterusnya Indonesia pada Januari 2018.

Pesawat C130 dr No 14 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan telah berlepas pada jam 10.10 pagi tadi dari Tawau untuk melaksanakan tanggungjawab pertama bagi operasi ini. Turut serta dalam rondaan adalah wakil Tentera Udara Filipina sebagai pemerhati bersama dan turut dibantu oleh wakil dari TLDM.