Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171107 WA0016IMG 20171107 WA0000IMG 20171107 WA0001IMG 20171107 WA0002IMG 20171107 WA0004IMG 20171107 WA0005IMG 20171107 WA0006IMG 20171107 WA0007IMG 20171107 WA0008IMG 20171107 WA0009IMG 20171107 WA0010IMG 20171107 WA0011IMG 20171107 WA0012IMG 20171107 WA0013IMG 20171107 WA0014

BUTTERWORTH, 7 Nov 17 - HRH Putera Charles, Prince of Wales hari ini telah membuat kunjungan ke Pangkalan Udara Butterworth dalam rangka lawatannya ke Malaysia bersempena Ulang Tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom.

Ketibaan HRH Putera Charles dan rombongan telah disambut oleh Panglima Bantuan Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM dan Pemangku Komander Pangkalan, Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

Dalam rangka lawatan di sini, HRH Putera Charles turut membuat lawatan ke HQ Integrated Area Defence System (HQIADS) yang diiringi oleh wakil TUDM, Timbalan Panglima HQIADS, YBhg Brig Jen Dato' Sun Thong TUDM.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada lawatan ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Okt sehingga 9 Nov. Selepas melawat Malaysia, HRH Putera Charles dan isteri baginda, Camilla, Duchess of Cornwall akan meneruskan lawatan ke India selama 11 hari.