Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

5ec28c2a c3cc 444c bd5e 44bd414a6b9100351370 23a3 415f 89b6 b87b62cdaaf435949eac 7b23 4cf6 b52c bfe843456e58c9ccb607 6794 4c43 bbe0 5eaa42ce48792c3cddad 6a7f 4b43 8f15 76fff2d78c9510fd8084 94d0 496b a237 36be0ef079d17704ac50 ad7c 4f62 8f35 eb08c0e547b3a8ef5df0 9221 49e6 a5b3 a2bf396f0c3083f87a58 231d 4ddc aab4 485d832b04d4

SUNGAI BESI, 7 Nov 17 – Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menghadiri Istiadat Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sebagai Canselor dan Konvokesyen Ke-8 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang berlangsung hari ini.

Tahun ini seramai 653 orang graduan bergraduat. 7 orang graduan dianugerahkan Doktor Falsafah (PhD) dan 26 orang graduan dianugerahkan Sarjana (MSc). 558 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda yang terdiri daripada 368 Pegawai Kadet dan 190 orang Graduan Awam. Manakala 62 orang graduan dianugerahkan Diploma.
Istiadat Konvokesyen kali ini turut diserikan dengan penganugerahan Hadiah Akademik kepada 26 orang graduan Ijazah Sarjana Muda dan 3 orang graduan Diploma.

UPNM juga turut menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada YBhg Brig Jen Dato’ Abdul Latif bin Ahmad (Bersara) yang menerima Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa.

Turut hadir pada Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen ini adalah Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.