Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

c6f22cda 1248 4190 9ac5 99a328117b5a84e6725b 6426 4b72 832d d33b33464acd485eec70 4f38 4a51 bbd4 e781e8a63f530ae241dd a496 4f22 aed0 9d648b06ce536821759e 4973 4214 9347 cb58866765b5aeda2b60 2e76 4026 b85e 9a06bbd40065 1dec1ce29 63ef 4b3b 9ed7 e1c6c7730c3aefe26648 88c9 4ad6 b85f f7170df2fbd0f7577f0a a06d 4764 b716 689cabfcc5fc

KUALA LUMPUR, 31 Okt 17 - Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Datin Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bagi YBhg Datin Indera Aida Rakhimova dan Puan Rosdiliana binti Tan Sri' Dato Seri Roslan yang bakal menyambut kelahiran anak tidak lama lagi.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yusof dan Maryam, persembahan nasyid dari Jemaah dan Ahli-ahli BAKAT. DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hjh Kalsom juga hadir bercemar duli pada Majlis tersebut.

Turut hadir adalah YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Dr Meriam bte Sultan Haji Ahmad Shah, YABhg Cik Puan Nur Bahiyah bt Mohd Akip, YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Tengku Aisyah binti Sultan Haji Ahmad Shah, YBhg Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin, YBhg Tan Sri Dato' Sri Shahrizat biniti Abdul Jalil dan YM Tengku Dato' Hajah Asmak binti Tengku Muhammad.